Monday, 6 February 2017

Produk Kecantikan?



21 Mac - Salam 1 Malaysia dan Selama Pagi semua. Harini baru muncul hehe~ Okay, malas nak panjangkan cerita cuma nak tanya pendapat korang tentang beauty. Omg! Tak tau pasaipa dua tiga hari ni terlalu taksub sangat dengan kecantikan. Tiba-tiba rajin saya duk buat research pasal produk-produk kecantikan ni siap follow segala bagai twt_kecantikan semuanya. And memang bagus sebab banyak tips yang sangat berguna untuk gegadis atau wanita-wanita yang jenis suka jaga kecantikan ni.

So, before nak tanya awak semua tentang produk yang okay, saya cerita sikit lah kulit muka saya jenis yang macam mana.

  1. Tak berapa nak oily sangat.
  2. Jerawat pun keluar time period je.
  3. Mudah sunburn.
Actually, saya tak tahu kulit muka saya ni jenis macam mana. Haha, tapi yang paling ketara yang saya tahu lah mudah sunburn. Memang tak boleh langsung berjemur sikit haaa tengoklah mesti berbelang-belang muka saya ni hahaha. Sedih, teringin juga nak ada kulit cerah and nak try pakai produk local kan. Tapi my mom tak bagi sebab risau effect dia mula-mula pakai je elok nanti lama-lama bila tak pakai teruk jadinya. Untuk menjadi anak yang baik dan untuk kebaikkan diri saya dengar cakap my mom tak pakai produk local pun.

Untuk pengetahuan awak semua, saya buka jenis pakai make-up sebab memang saya tak reti nak pakai dan macam tak sesuai dengan muka saya. Hahaha, bila pakai foundation en mesti jadi macam kelabu kulit muka hahaha so untuk ambil langkah tidak menjadi kan muka berwarna kelabu gitu pakai je lah bedak johnson baby tu yang blossom ke ape entah and pakai sikit liptint haha sadiss yer haih. Tapi okay lah kut >.<

Ada lah baca dari iium confession tentang beauty ni kan. Dia suggest pakai produk dari korea or jepun. Sebab tengok lah sendiri kan kulit dorang macam mana. Produk yang dia suggest COSRX. Ramai juga lah bagi feedback yang best tapi en harga dia punya harga pun memang best juga lah nak nak pulak student macam saya ni memang tak mampu lah nak beli yer. Hahaha~ Tapi saya tak faham ape benda serum, essence, toner, moisturizer, AHA dan BHA. Ape semua tu? Serius tak tau apa kegunaan benda semua tu? Ya Allah, why lah baru sekarang lah gigih sangat nak tau semua ni. Haih -.- yang saya tau sunscreen ja padia benda tu.

Kepada sesiapa yang sudi beri pendapat atau ajar apa-apa pada saya silakan memang diperlukan. Sebab baru dapat kesedaran tentang kecantikan hahaha walaupun muka takde banyak masalah cuma nak cerahkan muka ni haa sikit. Jadi ler huhu. Tapi tolong suggestkan produk beauty dari korea tau taknak local sebab nak jadi anak yang baik en kenalah dgr cakap ibu hehe. Ok sampai situ saje, moga ada yang sudi membantu. TQ guys.


> Pause Here
 

Anis Shafika ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger