Tuesday 31 May 2016

10 TANDA SEORANG WANITA DICINTAI OLEH JIN


Antara 10 tanda seorang wanita dicintai oleh JIN :-
*Sebelum tu nak minta maaf sebab ada gambar yang tidak menutup aurat. Maaf ye.

1. Sering bermimpi dikunjungi oleh seorang lelaki

Gambar hiasan

Perempuan yg dicintai oleh jin rata rata kerap bermimpi dikunjungi oleh seorang lelaki. 

Lelaki dalam mimpinya ialah wujud yg dikenalnya ataupun mungkin seseorang yg tidak dikenal. 

Wujud lelaki dalam mimpi itu nampak lebih kacak dan juga menarik.

Dalam mimpi itu seorang wanita barangkali hanya berpandangan aja ataupun sekadar berbual dengan lelaki itu, tetapi ada juga yg sampai bercinta dengannya dalam mimpi itu.

2. Jika jin jantan itu merupakan saka keturunan, maka anda akan bermimpi didatangi lelaki sejak kecil lagi



Biasanya jika melibatkan saka keturunan, rawatannya sangat susah kerana dia sangat mencintai wanita tersebut.

3. Kadangkala anda akan didatangi sesuatu seperti makhluk yang ganjil, orang tidak dikenali atau mungkin juga dalam rupa suami anda sendiri.


Kedatangannya ialah ketika anda berada dalam keadaan antara jaga dan tidur.

4. Ada kalanya wanita yang diganggu jin akan rasa seperti ada sesuatu yang bergerak-gerak di kemaluan sehingga menyebabkan kemaluan jadi gatal atau tiba-tiba datang perasaan berahi.


5. Selalu didatangi rasa sakit kepala


6. Anda akan mudah jatuh cinta kepada ramai lelaki walaupun anda sebenarnya telahpun bersuami.


7. Selalu sukar untuk tidur


8. Sering terasa seperti ada sesuatu yang aneh sedang bergerak di dalam tubuh


9. Selalu rasa seperti sedang diperhatikan.


10. Selalu rasa malas hendak menunaikan solat atau sengaja melambat-lambatkan.



Sumber: Nazzam Edar

No comments:

Post a Comment

> Pause Here
 

Anis Shafika ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger